Antara peranan ibu bapa adalah amat penting dalam
memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah
sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu
bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang
mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah
menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan
memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap
agama, tanamkan nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati
janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak-anak.
Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan
dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan anak-anak dalam
institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan Islam hendaklah
dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang bermasalah di
qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata untuk
dikembangkan dalam masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat
membentuk akhlak remaja seperti aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui
aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak mereka di samping dapat
melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak kata pepatah
“sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan di
sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah telah menimbulkan rasa
takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan bebanan dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin.
Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak
dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system
pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan.
Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi
masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti
Kementerian Penerangan hendaklah memainkan peranan dengan memastikan sertiap
rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada unsur-unsur
keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati
diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan
membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang
oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada
perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang
bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai
penyelesaian yang terakhir.
Comments
Post a Comment