Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada
runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian,
ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding
keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu
sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan
saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun
mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang
dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun
mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi
arang, kalah jadi abu’.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut
menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan
mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka
menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya
akan sesat dan memilih jalan yang songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang
mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan seterusnya membiarkan
anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah melakukan
aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah
teruk. Bak kata pepatah “sudah terhantuk, baru tergadah”.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa.
Pada zaman yang serba moden ini, media massa merupakan satu keperluan dalam
kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi juga
boleh mempengaruhi sesorang terutamanya golongan remaja ke arah yang negatif
secara diam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks banyak
ditayangkan oleh media massa. Certa-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan
merangsang remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya keruntuhan
akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga
senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun pada awalnya niat mereka
hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaannya mereka akan ketagih dan terus
terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja
termasuk melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya
menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.
Akhir sekali ialah didikan agama dan
nilai-nilai murni tidak diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini.
Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan
kedudukan sehinggaka mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu,
anak-anak mereka tidak mendapat didikan agama yang secukup ole ibu bapa mereka.
Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan buruk
terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Oleh itu, mereka melakukan sesuatu
perkara negatif itu tanpa berfikir panjang.
Kesimpulannya, ibubapa perlu memantau keadaan
anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang
tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding bahu untuk
memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan perkara ini
daripada berterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada
negara dang bangsa kerana mereka inilah akan memimpin negara pada suatu hari
nanti.
Terima Kasih untuk infonya.Tanpa blog ini saya tak dapat siapkan karangan BM saya.Terima kaeih sekali lagi Muah
ReplyDeleteBacot
DeleteOi
ReplyDeletetq for sharing this information :]
ReplyDeleteTerima Kasih untuk menulis karangan ini :D
ReplyDeleteterima kasih sangat🥺❤️
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteUr karangan sucks dude
ReplyDeletestfu dude
Deletefr stfu
DeleteUr karangan sucks dude
ReplyDelete