Pada umumnya, bermain dan membaca serta
penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi
kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton,
kecuali dalam permainan computer.
Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan
kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini
berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a.
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang
di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan
nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku
berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di
rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari
raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu
ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.”
(Ibnu Majah)
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa
hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam.
Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang
dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah
nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak
dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan
dosa.
Comments
Post a Comment