Skip to main content

GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DITETAPKAN DALAM ISLAM

Antara senarai contoh garis panduan yang di tetapkan di dalam Islam:


Program hiburan

·         Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

·         Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan
           orang ramai.

·         Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat dan ajaran Islam.

·         Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.

·         Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau
          permusuhan.

·         Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan
          ajaran Islam.

Persembahan muzik

·          Tidak menimbulkan gerak-geri liar.

·          Tidak mendorang kepada perbuatan maksiat

·         Tidak melalaikan.

Lirik

·         Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.

·         Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah,
·         Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi
          menggambarkan arak dan memberikan perangsang melakukan dosa.

·         Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggarkan adab kesopanan dalam Islam.

·         Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.

·         Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya

·         Tidak boleh dijadikan teks Al-Quran sebagai lirik.

Persembahan artis

·          Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-
           nilai kemanusiaan.

·         Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
          eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam

·         Tidak melakukan gerak-geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang                     mendorong
          kepada maksiat dan menghina Islam.

·         Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama
          Islam.

Persembahan tarian

·          Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
           eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

·         Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah

·         Tidak boleh percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah

·         Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan

·         Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikn










Comments

Popular posts from this blog

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

    Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.     Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak...

CARA-CARA MENGATASI MASALAH

    Antara peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan   nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa henda...

CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU

LAMPIRAN