Pada
era globalisasi ini, remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang
menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang
belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan
daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika
tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang berumur
antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan inilah
ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah golongan
yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi
yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini
negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan
isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering
berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam kalangan remaj adalah perkara
normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat
melihat gejala sosial yang berlaku diseluruh negara adalah dalam kalangan anak
muda remaja.
Kesimpulanya, ibupaba perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik
anak-anak mereka supaya menjadi generasi yang berguna suatu hari nanti iatu
dengan cara ibubapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah
terjebak ke dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, pelbagai
pihak juga perlu berganding bahu untuk memikirkan penyelesaiaan masalah yang
dihadapi untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan.
Oleh
itu, remaja hendaklah diberi perhatian penuh dan di beri pimpinan agar mereka
tidak sesat ke arah yang songsang supaya masa depan mereka sentiasa
cerah.Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan
bangsa kerana para remaja merupakan peneraju masa depan sesebuah negara dan
mereka inilah yang akan memimpin negara pada suatu hari nanti.
Comments
Post a Comment