Pada
era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat
mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan
teknologi yang ada sekarang seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan
meliputi skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan
melalui muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus
atau berminat menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila
memerlukan ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh
menjadi penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan.
Malah hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang
lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan
teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.
Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya berikutan dengan kemajuan teknologi negara masa kini.
Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententeramkan hati dan tempat menghiburkan hati. Hiburan kebiasaannya dan selalu dikaitkan dengan remaja atau belia. Namun, persoalannya di sini adakah hiburan dapat memberi kesan positif atau negatif kepada masyarakat secara amnya dan golongan belia khususnya berikutan dengan kemajuan teknologi negara masa kini.
Selalunya apabila disebut tentang hiburan pasti akan tergambar di
fikiran hanya tentang muzik dan filem. Muzik (jazz, pop, rock, blues, rapp,
dangdut, poprock dan agogo) dan filem juga merupakan salah satu hiburan yang
utama iaitu mampu memberi impak yang ‘pro’ dan ‘kontra’ kepada belia atau
remaja berdasarkan cara penerimaan dan penggunaan hiburan tersebut. Misalnya,
jika dilihat dari aspek positif, ada di antara pelajar sendiri yang telah
menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Cuba
kita tinjau dari aspek sejarah, manusia didapati lebih berpotensi untuk
mencapai apa yang diingini jika seseorang melakukan perkara tersebut di dalam
keadaan gembira dan tenang. Secara tidak langsung, muzik dan filem sama ada di
televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi kepada
masyarakat terutamanya belia.
Pada
asalnya, teknologi terkini yang menampung evolusi hiburan yang meluasnya
terutama dari filem dan muzik secara khususnya adalah bertujuan untuk memberi
faedah kepada masyarakat iaitu sebagai penghibur dan menambahkan suasana ceria.
Tetapi pada masa kini, golongan belia telah menjadikan tujuannya amat
menyimpang dan membawa kepada kesan yang negatif akibat daripada perkembangan
teknologi yang sangat pesat. Seperti yang kita sedia maklum golongan belia ini
mudah untuk terdorong melakukan atau mencuba sesuatu yang baru. Kemunculan
teknologi yang canggih seperti satelit, televisyen, wayang gambar, ‘video
player’ dan sebagainya telah memudahkan lagi para belia mendapatkan hiburan
yang boleh menjurus kepada perkara-perkara negatif berbanding positif.
Comments
Post a Comment