Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

UTAMA

ISI KANDUNGAN Penghargaan Pengenalan Definisi Punca-punca Keruntuhan Akhlak Cara-cara Mengatasi Masalah Kebaikan dan Keburukan Garis Panduan Hiburan Yang Di Tetapkan Di Dalam Islam Kesimpulan Penutup Contoh-contoh Hiburan Melampau Rujukan Penghargaan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga menyiapkan e-folio kami yang telah diusahakan selama ini bertajuk Hiburan Melampau. Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada assignment subjek kami.   Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam kami iaitu Ustazah Darmila Binti Ali kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan e-folio ini.   Seterusnya, terima kasih juga kepada ibubapa kami kerana banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung dari memberi sokongan, dorongan dan kewangan sepanjang folio ini disiapkan.   Tidak juga lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan dari segi infomasi terkini mengenai tajuk folio kami.   Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami sec...

PENGENALAN

    Pada era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sumber hiburan amat mudah diperolehi dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi yang ada sekarang seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain. Hiburan meliputi skop yang sangat luas untuk dikategorikannya. Antaranya ialah hiburan melalui muzik, filem, tarian, ‘games’ dan lain-lain. Belia kini lebih menjurus atau berminat menggunakan masa yang terluang dengan menggunakan hiburan apabila memerlukan ketenangan. Tidak dapat disangkal lagi, tanpa sesuatu yang boleh menjadi penghibur, hidup dirasakan kosong, lesu dan penuh dengan kebosanan. Malah hiburan di katakan amat sinonim dengan golongan belia atau remaja yang lebih mementingkan gaya hidup yang ‘up to date’ dan proaktif seiring dengan teknologi untuk mendapatkan sumber hiburan.     Menurut kamus dewan edisi ke-3, hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan lain-lain untuk menghiburkan iaitu menyenangkan, mententer...

DEFINISI

    Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan seni tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan computer.     Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:         “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya kita.” (Ibn...

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

    Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding keluarga. Oleh itu, rakan sebaya sangat mudah mempengaruhi seseorang remaja itu sama ada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara ity berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah “menang jadi arang, kalah jadi abu’.     Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak...

CARA-CARA MENGATASI MASALAH

    Antara peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan   nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa henda...

KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN

Antara senarai kebaikan dan kuburukan di dalam hiburan: Kebaikan ·         Menjadikan muzik sebagai semangat untuk mereka mengulangkaji pelajaran. ·         Muzik dan filem sama ada di televisyen atau di pawagam layak digambarkan sebagai sumber inspirasi            kepada masyarakat terutamanya belia ·         Menjadikan hiburan seperti muzik, mainan dan seumpamanya sebagai satu cara untuk menghilangkan            tekanan atau menenangkan jiwa ·         Hiburan dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Keburukan ·         Hiburan melampau boleh menyebabkan kita lalai dan leka ·         Hiburan boleh menyebabkan sebagai seorang muslim melambat-lamb...

GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DITETAPKAN DALAM ISLAM

Antara senarai contoh garis panduan yang di tetapkan di dalam Islam: Program hiburan ·         Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan. ·         Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan            orang ramai. ·         Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitivity masyarakat dan ajaran Islam. ·         Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat. ·         Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau           permusuhan. ·         Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan deng...

KESIMPULAN

       Pada era globalisasi ini, remaja kita tidak lagi mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan terlampau.     Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan inilah ramai remaja menghadapi pelbagai masalah sosial. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang dijaga seperti menatang minyak yang penuh.       Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. M...

PENUTUP

     Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta berhujah dan dalil yang tersendiri.      Tetapi perkara yang dijadikan fokus adalah berkenaan hiburan yang terlampau, hiburan seperti disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan, bukan islam menggalakan umatnya menjauh diri daripada perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan. Sekirannya diamati hiburan terlampau datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, jug...

CONTOH-CONTOH HIBURAN MELAMPAU

LAMPIRAN               

RUJUKAN

http://remajasemasa.blogspot.my/ http://hiburanmelampau.blogspot.my/ https://dearytiaw.atavist.com/hiburan-melampau https://hiburanmelampaukerutuhanakhlakremaja.blogspot.my/ https://dakwahformuslim.wixsite.com/dakwahformuslim/hiburan-melampau

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah dan bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyiapkan segala tugasan dan amanah yang telah di berikan kepada kami selama tempoh yang berikut. Terlebih dahulu ingin saya sampaikan terima kasih kepada seluruh anggota kumpulan kami yang bertungkus lumus bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, tidak di lupakan pensyarah kursus kami yang banyak menegur dan membimbing kami ke arah yang lebih di redhai Allah S.W.T   Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam kami iaitu Ustazah Darmila Binti Ali kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan e-folio ini.   Seterusnya, terima kasih juga kepada ibubapa kami kerana banyak membantu kami secara langsung dan tidak langsung dari memberi sokongan, dorongan dan kewangan sepanjang folio ini disiapkan.   Tidak juga lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempur...